Kecoh Geng 4×4 Parkir Tengah Sungai, Pihak Tapak Perkhemahan Tampil Jelas Situasi Sebenar

Entertainment
3 Sep 2024 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, pemilik kenderaan 4×4 menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas tular gambar yang memaparkan segerombolan kereta pacuan empat roda diletakkan di tengah-tengah sungai.

Dalam gambar tular itu, turut kelihatan sekumpulan individu yang terdiri daripada beberapa buah keluarga sedang berkelah di sekitar tapak perkhemahan di Sungai Batangsi, Semenyih, Selangor.

Kelihatan beberapa anak kecil yang lengkap berpakaian mandi turut sedang bermandi-manda di kawasan berkenaan.

image is not available image is not available

Namun, tindakan mereka telah mengundang kecaman ramai kerana meletakkan kereta pacuan empat roda di kawasan berbahaya.

Meskipun air sungai tersebut tidaklah dalam dan deras namun ia adalah sebahagian daripada tempat rekreasi dan bukannya kawasan untuk meletakkan kenderaan.

Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti fenomena kepala air yang boleh mendatangkan bahaya kepada para pengunjung.

Tak pernah bagi kebenaran

Susulan tular gambar tersebut, pihak tapak perkhemahan Anugerah Alam Campsite menyatakan mereka tidak pernah memberi kebenaran kepada kumpulan kenderaan 4×4 untuk bertindak sedemikian.

Jelasnya, pihak mereka ada meletakkan red tape di beberapa kawasan sungai bagi menghalang kenderaan pacuan empat roda dari memasuki kawasan itu.

Bagaimanapun, red tape itu didapati sudah ditanggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

image is not available

Justeru, pihaknya menegaskan bahawa tidak menyokong tindakan itu dan berharap pengunjung mengikut peraturan yang telah ditetapkan demi memelihara tempat tersebut.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.