Kecoh Kapal Tangki Rempuh Laluan Pejalan Kaki Di Lumut, Polis Sahkan Ini Puncanya

16 Nov 2026 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 75

Misteri kejadian sebuah kapal tangki besar merempuh benteng pesisiran pantai di kawasan Esplanade Wing, Lumut pagi tadi akhirnya terjawab apabila pihak polis mengesahkan ia dipercayai sedang menjalani ujian pemanduan tanpa kebenaran.

Dalam laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kapal tangki minyak sepanjang 83 meter seberat 2,400 tan metrik itu didapati keluar sejak malam tadi untuk melakukan sesi sea trial tanpa kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

View on Threads

 

“Berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Laut, kapal berkenaan dipercayai keluar malam tadi bagi tujuan ujian pemanduan ‘sea trial’ yang dijalankan tanpa kebenaran pihak berkuasa berkaitan,” katanya. 

Menurut beliau lagi, kapal yang sebelum ini dikenali dengan nama Fuji itu telah bertukar pemilikan kepada pemilik baharu dari Thailand sebelum didaftarkan semula sebagai Midas. Pemeriksaan lanjut di atas kapal tersebut turut menemui seramai 10 orang kru warga Thailand yang kini sedang disiasat oleh Jabatan Laut Malaysia.

“Tindakan serta seksyen siasatan terhadap mereka bergantung pada hasil siasatan pihak Jabatan Laut memandangkan kapal tangki itu digerakkan tanpa kebenaran,” jelas Hasbullah.

Mengulas lanjut mengenai punca kejadian, beliau berkata siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti faktor sebenar kapal terbabit terbabas sehingga melanggar kawasan tebing. Sementara itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menilai tahap kerosakan infrastruktur taman awam dan laluan pejalan kaki yang terjejas akibat rempuhan tersebut.

Bagi kerja-kerja mengalihkan kapal tangki berkenaan, pihak Jabatan Laut akan menunggu paras air pasang memandangkan keadaan air cetek menyukarkan operasi penundaan.

“Bergantung kepada kedudukan air, iaitu bila air pasang memandangkan ketika kejadian air cetek. Pihak Jabatan Laut akan tarik dulu dan sauhkan ia di tengah laut dahulu kerana kes ini masih disiasat Jabatan Laut,”ujarnya.

Terdahulu, gambar dan video kapal berwarna biru dan merah itu tular di media sosial selepas pengguna Threads @zhoushieng_aman berkongsi situasi cemas pagi tadi. Ramai netizen terkejut melihat muncung kapal berkenaan tersadai rapat hingga memecahkan benteng konkrit di kawasan riadah tersebut.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved