
BANGKOK – Polis Thailand melancarkan siasatan selepas seorang wanita menemui sebuah beg plastik hitam mengandungi lebih 100 helai pakaian dalam basah di kebunnya, lapor laman berita Thaiger.
Ueai Phromprakhon, 54, menemukan beg plastik misteri itu di kebun pandan di daerah Ban Kruat, bandar Buriram, baru-baru ini.
Phromprakhon pada awalnya menyangka seseorang telah membuang sampah di kebunnya..
Selepas membuka be plastik itu, dia terkejut menjumpai sekurang-kurangnya 100 pakaian dalam lelaki dan wanita termasuk coli serta seluar dalam.
Sebilangan pakaian dalam masih mempunyai pengangkut baju, namun semua barangan tersebut berada dalam keadaan basah.
“Pakaian dalam ini mungkin dicuri dari beberapa buah rumah ketika dijemur di ampaian untuk dikeringkan,” kata Phromprakhon sambil menambah, dia menghubungi rakannya yang dikenali sebagai Puji untuk merakam plastik tersebut sebelum membuat laporan polis.
Puji memuat naik rakaman itu di platform Facebook dan meminta individu yang kehilangan pakaian dalam untuk tampil dan menuntut barangan mereka.
Polis mengesyaki ia buang oleh individu sama yang merupakan suspek kes kecurian pakaian dalam sebelum ini di kawasan berkenaan, selepas beberapa mangsa melaporkan pakaian dalam mereka dicuri dari jemuran di luar rumah.
Polis sedang mengumpul bukti dan mengenal pasti suspek untuk tindakan lanjut. – AGENSI
The post 100 pakaian dalam basah ditemukan di kebun, polis lancar siasatan appeared first on Kosmo Online.






