Kecoh serang Shila Amzah, Amy Search tampil beri penafian di balai polis!

LocalEntertainment
16 Jul 2025 • 3:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search susulan dakwaan serangan terhadap penyanyi Shila Amzah yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memaklumkan laporan tersebut dibuat penyanyi berusia 67 tahun itu pada Selasa, dan ia merupakan laporan balas berkaitan tindakan Shila sebelum ini.

“Ya ada, tapi lebih kepada covering report dan penafian. Laporan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi,” katanya kepada media, hari ini.

image is not available

Amy Search tampil beri penafian di balai polis

Terdahulu, isteri kepada Amy Search, Datin Norhasniza Hassan berkongsi sekeping foto menunjukkan mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dipercayai berkaitan kes berkenaan.

image is not available

Sebelum ini, Shila Amzah tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi legenda.

image is not available

Spekulasi semakin hangat selepas Shila mengesahkan bahawa individu dimaksudkan adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda, iaitu Amy Search.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)