Kecoh Tular Video Gabenor Aceh Dikatakan Berkahwin Di Malaysia, Rupanya….

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sejak semalam, berlegar di laman Threads berita mengenai Gabenor Aceh, Muzakir Manaf atau lebih mesra dipanggil Mualem telah bernikah kali ketiga di Malaysia.

Ia susulan tular beberapa video yang memaparkan Mualem memakai baju Melayu serba putih dan lengkap dengan samping dan songkok dalam satu majlis yang kelihatan seperti majlis pernikahan.

Dalam petikan video itu juga, didakwa pengacara telah menyebut perkataan ‘pengantin lelaki’, sekaligus membuatkan netizen berspekulasi bahawa gabenor berkenaan sedang melangsung perkahwinan.

Berita berkenaan bukan sahaja dilaporkan oleh media Indonesia, malah ia juga diperkatakan media Malaysia kerana dakwaan majlis itu diadakan di negara ini.

Meskipun masih belum ada pengesahan daripada kerajaan Aceh berkenaan hal ini, seorang pempengaruh politik terkenal di Indonesia, DJ Donny menjelaskan bahawa video berkenaan merupakan penikahan anak Mualem dan bukannya pernikahan Gabenor Aceh tersebut.

Menurutnya, Mualem menjadi wali dalam pernikahan anaknya itu dan dia juga berkata,

Mualem nikahkan anaknya, kenapa cakap Mualem nikah lagi?” kata DJ Donny.

image is not available

DJ Donny juga meminta para netizen untuk memohon kemaafan kepada Mualem dan keluarganya atas fitnah yang berlaku.

Sumber: Kosmo!, Tribun Jakarta

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.