Kedai Di Melaka Caj 10 Sen Bagi Pelanggan Guna Pembayaran QR Sudah Diserbu KPDN

Entertainment
26 Jun 2024 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kedai makan di Jalan Tun Ali, Melaka diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas didakwa mengenakan caj 10 sen bagi pelanggan yang menggunakan pembayaran QR.

Menurut laporan Harian Metro, pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, hasil semakan pihaknya dengan penyedia perkhidmatan pembayaran tanpa tunai itu mendapati tiada caj sedemikian dikenakan kepada pelanggan.

“Selepas kita mengadakan pengesahan, penyedia perkhidmatan mengesahkan bahawa tiada caj dikenakan terhadap perkhidmatan secara dalam talian seperti dilakukan peniaga berkenaan.

Justeru kami dapati tindakan peniaga terbabit yang dikesan dilakukannya sejak awal tahun ini adalah satu kesalahan dan pihak KPDN negeri sudah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.

Saya menegaskan bahawa kenaikan harga ini tidak berlaku selepas kenaikan diesel, ini dilakukan sejak awal tahun dan terdapat unsur mengambil kesempatan,” katanya.

Difahamkan, siasatan dilakukan atas kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, manakala peniaga premis itu dikompaun RM200 selepas didapati tidak mempamerkan tanda harga.

Dalam video yang dikongsikan oleh Malaysia Gazette itu, peniaga kedai itu berkata kepada pelanggan caj itu bukan darinya tapi dari pihak bank dan peniaga itu mula ‘mencuri’ 10 sen sejak awal tahun ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.