Kedai, kereta musnah dalam kebakaran

14 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Sebuah kedai di Ladang Morisem di sini musnah dalam kebakaran pada malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.22 malam.

“Dalam kejadian tersebut, kedai berstruktur kayu dengan ukuran keluasan 60 kaki x40 kaki persegi 100 peratus terbakar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam dan setelah memastikan tiada bahaya lain operasi ditamatkan jam 10.29 malam,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dalam kejadian berasingan, sebuah Perodua Viva musnah dalam kebakaran manakala dua lagi kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Proton Preve terkena bahangnya dalam kejadian di Kg Mangkalinau, di Sandakan, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.19 malam sebelum menghantar enam anggotanya dan Bomba Bantuan ke lokasi sejauh 2km dari balai bersama sebuah jentera dan EMRS.

Operasi terkawal jam 12.01 pagi dan tamat sepenuhnya pukul 12.28 pagi.

Tiada mangsa dilapor terlibat dalam kejadian itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.