Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

LocalGaming
1 Oct 2026 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, Acer Malaysia telah membuka kedai konsep jenama gaming Predator pertama mereka di Malaysia, di pusat membeli-belah Plaza Low Yat. Kedai tersebut terletak di aras tanah, bersebelahan dengan pintu masuk arah Federal Hotel.

Image from: Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

Kedai konsep Predator ini memperlihatkan penawaran gaming oleh Acer, termasuklah dari jenama gaming premium Acer Predator dan juga Acer Nitro. Produk-produk yang dijual juga agak meluas dari sudut perkakasan dan aksesori gaming, termasuklah model-model komputer desktop dan komputer riba kelas gaming, aksesori gaming seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya.

Image from: Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

Bersempena pembukaan kedai konsep Predator, Acer menawarkan potongan harga istimewa sehingga RM1,300
untuk beberapa peranti berprestasi tinggi tertentu, bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2026. Antara
promosi yang ditawarkan adalah potongan harga kepada Acer Nitro 50 (N50-656-14400W11G) yang
sekarang bernilai RM3,399, sementara komputer riba gaming Predator Helios Neo 16 (PHN116-I31) dan
Predator Helios Neo 16S (PHN16S-71) dijual dengan potongan harga sebanyak RM600.

Image from: Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

Dalam pada itu, Acer Malaysia juga telah mengemaskini penawaran komputer gaming Acer Predator Orion 7000 mereka. Model terbaru (PO7-665) dikuasakan oleh dikuasakan oleh padanan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 285K dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080, beserta penawaran memori DDR5 sebanyak 32GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1.0TB.

Image from: Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

Jika anda mahu menaiktarafkan penawaran memori dan storan ini, komputer Predator Orion 7000 ini mampu menampung penawaran memori sehingga 128GB dan juga storan 6TB. Pemasangan storan cakera keras sehingga 4TB juga disokong pada komputer ini.

Image from: Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

Predator Orion 7000 juga dimuatkan dengan sistem penyejukan penyejukan Predator CycloneX 360 yang menggabungkan penyejuk CPU cecair dengan susunan kipas yang istimewa dan struktur saluran terbuka yang meningkatkan kecekapan penyejukan sebanyak 15 peratus dan menurunkan suhu papan induk sehingga 9 darjah Celcius.

Image from: Kedai Konsep Predator Store Dibuka Di Plaza Low Yat, Beserta Kemaskini Komputer Gaming Predator Orion 7000

Acer Predator Orion 7000 dengan spesifikasi diatas kini sudah mula dijual oleh pengedar rasmi komputer dan juga kedai atas-talian Acer eStore pada harga RM18,999. Mereka yang membeli yang membeli komputer gaming Predator Orion 7000 sebelum 14 Oktober 2026 juga akan menerima tetikus gaming Predator Cestus 335 bernilai RM299 secara percuma, sementara stok masih ada.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved