Kedai Makan Di Thailand Jadi Tumpuan, Hidang Makanan Pelanggan Atas Barang-barang Kegunaan Harian

Entertainment
2 Jun 2024 • 11:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kedai makan di Thailand ini menjadi perhatian ramai baru-baru ini kerana mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk menghidangkan makanan yang dipesan oleh para pelanggan mereka.

Kedai makan tersebut menghidangkan makanan dengan meletakkan makanan tersebut di atas barang-barang kegunaan harian seperti dalam periuk besar, bangku petak dan sebagainya.

Cara unik hidangan makanan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai narinmangpor.

Dalam video yang berdurasi selama 39 saat itu, dapat dilihat bahawa makanan pesanannya dan rakan-rakannya dihidangkan menggunakan objek yang digunakan setiap hari seperti periuk besar, bangku petak yang diterbalikkan dan mangkuk besar atau besen.

image is not available

Namun, dapat dilihat juga bahawa makanan mereka itu telah diletakkan terlebih dahulu di atas kertas bungkusan nasi, jadi bukannya terus dihidangkan dalam barang-barang kegunaan harian tu pun.

Pengguna TikTok berkenaan dan rakan-rakannya terhibur dengan cara kedai makan itu menghidangkan makanan dan mereka juga dilihat tetap menikmati hidangan itu tanpa masalah.

Senang jugak makan macam tu kan, kalau tumpah pun tak perlu bersihkan meja.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.