Kedai Manisan Arab Di Bukit Bintang Rupanya Beroperasi Tanpa Lesen, Permit

20 Aug 2023 • 8:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya telah membuat satu pemeriksaan ke atas premis menjual manisan arab dan kunafa viral di Bukit Bintang.

Hasil pemeriksaan mendapat premis itu tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL untuk aktiviti menjaja dan dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan).

Susulan itu, satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL.

image is not available

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata premis itu diarah tutup serta merta (SEALED) dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagaimana video tular di media sosial.

image is not available

Terdahulu, gerai menjual manisan dari negara timur tengah itu viral kerana pelanggan perlu menari untuk mendapatkan kunafa secara percuma.

Tarikan ‘pelik’ itu telah menyebabkan gerai itu dikerumuni ramai pelanggan setiap hari sehinggalah diarah tutup semalam.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.