Pernah tular pelanggan joget2 tunggu makanan, kedai ‘dessert’ di Bukit Bintang kena sita?

20 Aug 2023 • 8:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebuah kedai ‘dessert’ yang popular di Bukit Bintang dipercayai telah disita apabila ada pengguna media sosial dikenali sebagai Ahmad Faiz ben Azizi berkongsikan hal tersebut.

Ada pita DBKL

Dapat dilihat yang keliling kedai dessert popular itu telah dihalang oleh pita sitaan yang tertera nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

Orang awam pun macam tertanya-tanya

Pengoperasiannya juga dihentikan walaupun barang-barang jualan masih ada di kedai yang berada di tengah-tengah laluan Bukit Bintang itu.

Dapat juga dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan menoleh kedai tersebut dan seolah-olah tertanya mengapa ia disita sedangkan sebelum ini cukup meriah dengan kehadiran pelanggan.

image is not available

Pernah viral pelanggan berjoget tunggu makanan

Difahamkan, kedai manisan tersebut pernah viral apabila peniaga yang mengendali kedai tersebut kerap mengajak pelanggan yang menunggu makanan untuk disiapkan menari bersama sehingga menjadi tarikan orang sekeliling.

Video-video pelanggan berjoget turut dikongsikan di media sosial rasmi kedai berkenaan.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang membuat pelbagai spekulasi berkaitan kedai dessert popular itu walaupun belum ada sebarang kenyataan yang menjelaskan tindakan sitaan itu dibuat.

Tiada lesen menjaja yang sah la pulak

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian dari DBKL di laman Facebook, kedai manisan tersebut dipercayai telah beroperasi tanpa mempunyai lesen menjaja yang sah daripada pihak DBKL.

Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

image is not available

Sumber: TikTok Ahmad Faiz Ben Azizi, Facebook DBKL