Kedai tomyam musnah dalam kebakaran

18 Jan 2023 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedai tomyam di Jalan Perak musnah 75 peratus dalam kebakaran pada pagi Rabu.

GEORGETOWN - Sebuah kedai tomyam di Jalan Perak di sini musnah selepas terbakar dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, Rabu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, PBK II Fauzian Izzuan Abdullah berkata, dalam kejadian tersebut, kedai makan berkenaan telah musnah 75 peratus.

Menurutnya, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dari BBP Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

"Apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai jenis terbuka (Kelas A) berkeluasan 111 meter persegi telah terbakar.

"Kebakaran berlaku pada bahagian dapur dan siling premis. Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Katanya, anggota bomba bertugas masih menjalankan kerja pemadaman api.

Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved