Warga emas OKU rentung terperangkap dalam kebakaran

16 Jan 2023 • 7:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Seorang warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bagan Ikan, Bagan Datuk, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa Ong Chock Seng, 80, yang juga pengguna kerusi roda gagal menyelamatkan diri dalam kejadian pada kira-kira 6.45 pagi itu, iaitu ketika anak dan cucunya keluar bersarapan.

“Mangsa OKU yang tidak mampu berjalan serta perlu menggunakan kerusi roda dan mayat mangsa ditemui di dalam bilik tidur.

“Kejadian hanya membabitkan lima rumah dan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dan Teluk Intan mengambil masa tiga jam untuk memadamkan kebakaran,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sebelum itu, jurucakap bomba berkata seorang warga emas maut manakala seorang lelaki cedera dalam insiden itu yang turut melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal. -Bernama