Kedudukan BN antara isu dibincangkan dalam Mesyuarat PH petang ini

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kedudukan BN antara isu dibincangkan dalam Mesyuarat PH petang ini

PETALING JAYA: Kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan dijangka menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), petang ini.

Perbincangan itu susulan kenyataan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 minggu lalu.

Difahamkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 5.30 petang.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mencabar mana-mana pihak yang mahu UMNO menamatkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan supaya Anwar segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH bagi membincangkan perkembangan politik semasa.

Beliau berkata, mesyuarat itu wajar diadakan sebaik sahaja Anwar pulang dari lawatan rasmi ke luar negara bagi meneliti perkembangan serta beberapa kenyataan politik yang dibuat kebelakangan ini. – UTUSAN

The post Kedudukan BN antara isu dibincangkan dalam Mesyuarat PH petang ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved