Mesyuarat Majlis Presiden PH, Perdana Putra jadi tumpuan

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 6:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mesyuarat Majlis Presiden PH, Perdana Putra jadi tumpuan

PUTRAJAYA – Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri menjadi tumpuan pengamal media hari ini bagi mengikuti perkembangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung pada petang ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki bangunan berkenaan sekitar pukul 5.20 petang.

Sementara itu, beberapa pengamal media dilihat berkumpul di pekarangan bangunan itu sejak pukul 4 petang tadi.

Terdahulu, media melaporkan mesyuarat berkenaan dijangka berlangsung pada pukul 5.30 petang dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi PH dijangka bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi gabungan itu termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pagi tadi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. – KOSMO! ONLINE

The post Mesyuarat Majlis Presiden PH, Perdana Putra jadi tumpuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved