Kedutaan Malaysia Di Jordan Bantu Tahanan GSF, Pastikan Dapat Perlindungan Adil

3 Oct 2025 • 3:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan mengesahkan pihaknya telah mengambil langkah segera bagi membantu 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Kedutaan Malaysia di Jordan bertemu dengan peguam

Menurut laporan Buletin TV3, dalam kenyataan rasmi, kedutaan Malaysia telah mengadakan pertemuan bersama pasukan peguam Malaysia di Amman bagi memastikan semua tahanan mendapat perlindungan undang-undang secara adil dan telus.

image is not available

Selain itu, pihak kedutaan juga menjalin komunikasi dengan negara-negara sahabat ASEAN yang berada di Amman dan Tel Aviv untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan tahanan serta menyalurkan bantuan konsular sewajarnya.

“Kedutaan memantau rapat perkembangan semasa melibatkan rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF, khususnya mereka yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Israel,” jelas.

Semalam, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan.

image is not available

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Unit Hal Ehwal Palestin Kedutaan Malaysia di Amman melalui e-mel: amm.uhep@kln.gov.my atau menghubungi pegawai bertugas, Muhd Irfan Zulkurnain di talian +962793811135 serta Nur Najihah Md Abas di talian +962790800865.