Kegiatan Scam Terus Dibanteras, Lebih 9,600 Akaun Keldai Telah Dikenakan Tindakan Undang-Undang – PMX

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Lebih 9,600 akaun keldai sudah dikenakan tindakan undang-undang sehingga Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membanteras kegiatan penipuan kewangan di negara ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 149 peratus sejak Portal Fraud Kebangsaan (NFP) diperkenalkan pada April 2024.

Advertisement

Menurut Anwar, Bank Negara Malaysia (BNM) terus memperkukuh kerjasama dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi NFP bagi mempercepat proses mengesan aliran wang hasil penipuan serta akaun keldai.

lelaki scammer

Kerjasama itu juga membolehkan perkongsian maklumat antara institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memperkasakan keupayaan pengesanan dan pencegahan penipuan, selari dengan taktik sindiket jenayah kewangan yang sentiasa berubah.

Tindakan dikenakan terhadap institusi kewangan yang…

Anwar menjelaskan bahawa institusi kewangan yang gagal mematuhi keperluan kawal selia boleh dikenakan tindakan berdasarkan tahap keseriusan pelanggaran.

Antara tindakan yang boleh diambil termasuk pendakwaan, kompaun, penalti kewangan pentadbiran atau pengeluaran surat amaran.

Selain itu, BNM turut menetapkan pelbagai keperluan kawal selia kepada bank konvensional, bank digital serta penyedia perkhidmatan dompet elektronik bagi mengelakkan kemudahan kewangan disalahgunakan untuk kegiatan jenayah.

Anwar Ibrahim PC

Bank wajib kesan transaksi mencurigakan

Dalam usaha memperkukuh keselamatan sistem kewangan, institusi terbabit diwajibkan mengesan transaksi mencurigakan dan melaporkan akaun yang dipercayai digunakan sebagai akaun keldai.

Mereka juga perlu mengambil tindakan segera untuk menyekat pemindahan wang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Langkah bersepadu antara institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan itu diharap dapat membantu membendung kegiatan penipuan serta mengurangkan risiko orang ramai menjadi mangsa sindiket jenayah kewangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar Ibrahim kecam masyarakat dunia2026-10-14 10:51:58

"Dunia Seolah-Olah Pekak" - Anwar Ibrahim Kecam Sikap Hipokrit Masyarakat Antarabangsa Terhadap Palestin

The post Kegiatan Scam Terus Dibanteras, Lebih 9,600 Akaun Keldai Telah Dikenakan Tindakan Undang-Undang – PMX first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved