Keguguran Rambut Mula Jadi Kebimbangan Wanita Muda

Health & FitnessLifestyle
9 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rambut gugur mungkin perkara biasa, tetapi apabila semakin banyak bertaburan di lantai atau tertinggal di sikat, ia tetap boleh menimbulkan rasa bimbang. Terutamanya di dalam kalangan wanita muda.

Masalah ini tidak lagi hanya dikaitkan dengan faktor usia. Wanita berusia 20-an dan 30-an juga semakin memberi perhatian kepada perubahan pada rambut mereka, sama ada rambut terasa semakin nipis, mudah putus atau lebih banyak gugur ketika mandi dan menyikat rambut.

Dalam banyak keadaan, perubahan itu berlaku perlahan-lahan. Sebab itu, ia mungkin tidak begitu disedari pada peringkat awal.

Rambut Turut Terkesan Dengan Gaya Hidup

Pelbagai perkara boleh mempengaruhi keadaan rambut, termasuk tekanan, pemakanan, perubahan hormon, masalah kesihatan dan faktor genetik.

Gaya hidup harian juga tidak boleh dipandang ringan. Diet yang terlalu ketat, kerap mewarna rambut, penggunaan alat penggayaan bersuhu tinggi serta tabiat mengikat rambut terlalu ketat boleh memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

Image from: Keguguran Rambut Mula Jadi Kebimbangan Wanita Muda

Tekanan pula bukan sekadar menjejaskan tidur atau membuatkan badan cepat letih. Selepas mengalami tekanan fizikal atau emosi yang ketara, sesetengah individu boleh mengalami keguguran rambut yang lebih banyak.

Apa yang sering berlaku ialah kita hanya mula mengambil perhatian apabila perubahan itu sudah semakin jelas.

Rambut yang dahulu terasa lebat mungkin mula terasa berbeza. Ikatan rambut mungkin tidak lagi terasa sama atau helaian rambut semakin kerap ditemui di lantai bilik mandi dan pada bantal.

Dalam keadaan seperti ini, perhatian terhadap kulit kepala juga tidak sepatutnya diketepikan.

Kulit Kepala Tidak Patut Dilupakan

Dalam rutin penjagaan rambut, kebanyakan orang lebih biasa memikirkan tentang syampu, perapi, masker rambut, minyak rambut atau pelindung haba.

Namun, kulit kepala yang menjadi tempat rambut tumbuh sering kurang diberi perhatian.

Pendekatan penjagaan rambut juga kini mula berubah. Selain memastikan rambut kelihatan cantik, semakin ramai melihat kepentingan menjaga keadaan kulit kepala dan akar rambut.

Antara ramuan yang mendapat perhatian dalam pendekatan ini ialah Thuja Orientalis Leaf Extract, atau ekstrak daun Thuja Orientalis.

Ramuan berasaskan tumbuhan ini telah lama digunakan secara tradisional dalam penjagaan rambut dan kulit kepala di Asia Timur. 

Image from: Keguguran Rambut Mula Jadi Kebimbangan Wanita Muda

Menurut kajian yang dirujuk dalam bahan Seika, penggunaan ekstrak ini secara topikal berpotensi membantu merangsang folikel rambut ke fasa pertumbuhan aktif, selain menyokong bilangan dan saiz folikel rambut.

Namun, ia bukan bermaksud satu ramuan boleh menjadi jawapan kepada semua masalah rambut gugur.

Sebaliknya, Seika menggabungkan ramuan tersebut dalam pendekatan Triple-Action yang memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu membersihkan akar rambut, menguatkan akar serta menyegarkan kulit kepala.

Pendekatan ini juga melihat penjagaan rambut dari sudut yang lebih menyeluruh, khususnya apabila masalah seperti lebihan minyak pada kulit kepala, akar rambut yang lemah dan rambut yang mudah putus berlaku pada masa yang sama.

Bila Penjagaan Rambut Bermula Dari Akar

Kesedaran mengenai penjagaan kulit kepala menunjukkan bahawa rutin rambut kini tidak lagi hanya tertumpu kepada bagaimana rambut kelihatan di luar.

Bagi wanita yang mula menyedari perubahan pada rambut, memberi perhatian kepada keadaan kulit kepala boleh menjadi antara langkah awal yang boleh dipertimbangkan.

Image from: Keguguran Rambut Mula Jadi Kebimbangan Wanita Muda

Seika Anti-Hair Loss Shampoo merupakan antara produk yang menggunakan pendekatan tersebut, dengan fokus kepada membersihkan kulit kepala, menguatkan akar rambut dan membantu menjadikan helaian rambut lebih kuat.

Buat yang ingin mengenali rangkaian Seika dengan lebih dekat, jenama berkenaan akan menyertai KL International Beauty Week 2026 dari 9 hingga 11 Oktober di Mid Valley Exhibition & Convention Centre, Hall 1, Booth P13.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk dan pendekatan penjagaan rambut Seika, selain berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah yang disediakan sepanjang acara. - Getaran, 9 Oktober

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved