Lagi nahas maut libat tiga nyawa rempuh lori

8 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi nahas maut libat tiga nyawa rempuh lori

KUALA SELANGOR – Seorang ibu bersama dua anaknya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori 20 tan dalam kemalangan di Jalan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Ketiga-tiga mangsa berusia antara lapan hingga 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi anak wanita terbabit, lelaki berusia 10 tahun, parah di kepala dalam kemalangan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.37 tengah hari.

Katanya, maklumat awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Proton Exora dengan lori.

“Seorang kanak-kanak lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai dan mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala tiga lagi mangsa iaitu wanita, kanak-kanak lelaki dan remaja perempuan yang tersepit berjaya dibawa keluar namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa yang maut mempunyai hubungan sebagai ibu serta anak, dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Nahas di Kuala Selangor itu merupakan satu lagi kemalangan maut melibatkan lori yang dilaporkan berlaku hari ini selepas Kosmo! Online melaporkan kejadian maut melibatkan tiga beradik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal, pagi tadi.

Motosikal yang ditunggang Nor Daniel Aiman Norlizan,18, dan dibonceng dua adiknya iaitu Nor Daniel Fikri serta Puteri Naufal Raisya masing-masing berusia 11 dan 8 tahun bertembung dengan sebuah lori dan kesemua mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

The post Lagi nahas maut libat tiga nyawa rempuh lori appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved