“Kehadiran Anda Sangat Bermakna..” – Bella Astillah Ajak Orang Ramai Solat Hajat Buat Syed Saddiq

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 9:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengajak orang ramai untuk bersama-sama menunaikan solat hajat bagi mendoakan urusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan diputuskan pada 30 Jun ini.

Menerusi sebuah hantaran video di media sosial, Bella, 32, berkata majlis solat hajat dan doa selamat itu akan diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya dan terbuka kepada semua yang ingin hadir memberikan sokongan.

Advertisement

“Sebenarnya saya nak minta jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan kes Syed Saddiq yang akan berlangsung pada 30 Jun ini, tidak lama saja lagi.”

View this post on Instagram

“Tapi sebelum itu, saya ingin berbesar hati menjemput ramai orang, yang mengenali untuk sama-sama menjayakan majlis solat hajat dan juga doa selamat untuk Syed Saddiq di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di Kelana Jaya.”

Menurut Bella, kehadiran dan doa daripada orang ramai amat bermakna sebagai salah satu usaha dan sokongan moral buat Syed Saddiq yang sedang melalui proses perundangan tersebut.

Dalam hantaran sama, Bella turut menitipkan doa agar tunangnya diberikan ketenangan, kekuatan dan keadilan sepanjang berdepan proses mahkamah itu.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan dijadualkan membuat keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada 30 Jun depan.

Sebelum ini, pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada November 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hisham hamid2026-06-24 09:32:41

Pelakon Lelaki Bergelar Duda Didakwa 'Berkunjung' Ke Rumah Aktres, Tuan Badan Buka Mulut - "Saya Sayang Dia Sebagai..."

The post “Kehadiran Anda Sangat Bermakna..” – Bella Astillah Ajak Orang Ramai Solat Hajat Buat Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved