Keindahan Fenomena Supermoon Dapat Disaksikan Tengah Malam Ini

2 Aug 2023 • 12:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Keindahan Fenomena Supermoon Dapat Disaksikan Tengah Malam Ini

Pada hari ini, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena ‘supermoon’.

Berdasarkan laman web Agensi Angkasa Malaysia, fenomena ‘supermoon’ pertama bagi tahun 2023 dapat dilihat tengah malam ini.

Secara umumnya, fenomena ini akan membuatkan ‘bulan’ kelihatan lebih besar dan cerah berbanding Bulan Penuh yang lain.

Menurut hantaran Bernama di Twitter, pemandangan bulan memasuki fasa bulan penuh dapat dilihat dengan jelas berikutan keadaan cuaca yang baik ketika tinjauan di Jalan Mohammad Salleh, Kampung Layang-Layangan, Labuan hari ini.

Selain itu, beberapa pengguna Twitter turut berkongsi pengalamannya menyaksikan fenomena tersebut menerusi langit malam berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Ada yang mengatakan bahawa fenomena ‘supermoon’ pada hari ini kelihatan lebih terang daripada semalam. Cumanya, keadaan yang berawan menyebabkan imej bulan yang terang tidak dapat kelihatan jelas.

Selain warga Asia, fenomena ini turut disaksikan oleh penduduk Bumi yang menetap di benua lain seperti Amerika Utara. Berikut merupakan perkongsian daripada pengguna media sosial yang menetap di Lakeville, Indiana dan Zadar, Croatia.

Bulan dijangka bakal memasuki fasa Bulan Penuh pada 2.31 pagi, 2 Ogos ini. Orang ramai berpeluang menyaksikan dua kali fasa bulan penuh atau purnama pada bulan kalendar Masihi yang sama iaitu pada 2 dan 30 Ogos ini.

Seluruh dunia menyaksikan fenomena ‘supermoon’ terakhir 2022 pada Ogos lepas

Pada tahun lepas, orang ramai telah menyaksikan kejadian fenomena alam iaitu “Fenomena Supermoon” pada 11 Ogos 2022.

Fenomena yang terjadi pada malam tersebut merupakan fenomena supermoon keempat dan kali terakhir untuk tahun terbabit.

Supermoon yang terjadi pada malam itu berada pada 361408.9 kilometer dari bumi, berbanding pada bulan Julai sebelum itu dengan jarak 357418.1 kilometer.

Seterusnya, fenomena ini bakal disusuli dengan kejadian Blue Moon yang dijangkakan pada 30 Ogos pada bulan yang sama.

Sumber: Bernama via Twitter