Keith Foo Belikan Kasut Untuk Riena Diana, Ubah Penampilan Jadi Lebih Sempoi - “Sekali Beli Macam Empat Pasang”

4 May 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Umum mengetahui hubungan cinta antara pelakon dan pengacara Riena Diana dan aktor Keith Foo yang semamangnya pasangan itu tidak merahsiakannya.

Penampilan berubah

Terbaharu tular sebuah video di TikTok, Riena mendedahkan dia tidak pernah membeli kasut tertutup atau ’sport’ dan sejak mengenali Keith, penampilannya sedikit berubah.

Malah, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal ini turut memberitahu kekasih hatinya yang membelikan kasut untuknya.

 

“Saya bab kasut memang tak pernah beli okay. Saya pakai selipar saja. Selipar saya semua jenis girly. Sejak saya kenal Keith, dia yang belikan saya semua.

 

“Selepas saya kenal Keith, memang dia yang beli saya kasut,” kongsinya.

Lebih sempoi

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 27 tahun ini juga memberitahu teman lelakinya itu akan membeli sekurang-kurangnya empat pasang kasut untuknya.

 

“Sekali beli macam empat pasang. Dia telah mengubah saya menjadi lebih sempoi dan santai,” kata Riena lagi.

 

Rata-rata netizen di ruang komen mendoakan agar Riena dan Keith disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.