Riena Diana tak sabar nak ada bayi, Keith Foo respon -“Tak lama lagi sayang”

EntertainmentLifestyle
13 Apr 2025 • 4:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Riena Diana tak sabar

Pelakon drama bersiri Bidaah, Riena Diana tak sabar nak ada bayi sendiri apabila berkongsi video sedang memangku seorang kanak-kanak dengan kapsyen meminta buah hatinya, Keith Foo supaya cepat sikit menghalalkan mereka.

Riena Diana tak sabar nak ada anak sendiri

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing teruja dengan respon daripada Keith Foo memandangkan mereka berdua sudah lama menjalinkan hubungan.

Instagram will load in the frontend.

Riena Diana tak sabar, minta Keith Foo cepat sikit

Dalam pada itu, Riena turut berseloroh meminta orang ramai untuk ‘menyeru’ kekasihnya untuk lebih cepat dalam bertindak kerana aktor itu pasti tahu akibat kalau lambat mengambil langkah seterusnya

“Cuba korang tag Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat, terima kasih.” tulisnya.

Kekasih minta sabar sebab tak lama lagi

Hantaran yang dibuat pemilik nama sebenar, Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, itu telah ‘sampai’ ke Keith Foo apabila memberi respon menyatakan yang keinginan Riena bakal terkabul tidak lama lagi.

Keith dengan ringkas membalas ‘tak lama lagi sayang’ dan pastinya memberi bayangan tentang hubungan mereka yang semakin serius.

image is not available

Lambat la Keith Foo ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta supaya Keith Foo segera ‘bertindak’ agar tidak melepas di kemudian hari.

Mereka juga sempat bergurau agar pelakon itu cepat menikahi Riena supaya tidak dikebas walid, watak dalam drama Bidaah yang dilakonkan aktres cantik tersebut.

image is not available

Tak sabar nak tengok anak mix diorang

image is not available

Jangan tunggu lama-lama

image is not available

Nanti walid rembat baru tahu

image is not available

Sekadar info, nama Riena Diana sedang meledak di Malaysia dan Indonesia susulan drama Bidaah. Dia yang memainkan watak Baiduri dilihat sebagai wanita kuat apabila berani menentang Walid lakonan Faizal Hussein.

Sumber: Instagram Riena Diana