Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan orang, kejayaan dalam kehidupan itu diukur apabila berjaya mendapat sesuatu yang diimpikan.
Namun, siapa sangka wartawan yang juga seorang aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengubah persepsi orang ramai tentang erti kejayaan sebenar.
Allah Belum Bagi Atau Tangguh Kejayaan Bererti Dia Sedang Mengajar Sesuatu
Menerusi sedutan video podcast YouCast bersama Yousaf Iqbal yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna di Threads @hud_abbas, ZRA telah berkongsi pandangannya tentang makna sebenar sebuah kejayaan.
Jelas ZRA, sekiranya Allah belum memberi apa yang setiap individu impikan, itu bermaksud Dia sedang mengajar sesuatu kepada hambaNya.
Malah, itu juga tanda Allah SWT menyayangi makhluk ciptaanNya.
“Kalau Allah belum bagi kamu kejayaan, dia sedang bagi kamu ilmu.
“Kalau Allah belum bagi kamu kejayaan yang kamu nak ukur sebagai ‘berjaya’, bererti dia sedang bagi kamu kekuatan.
“Kalau Allah sedang tangguh suatu waktu untuk kamu berjaya, bererti dia tangguh kerana kamu belum sedia.
“Jadi itulah cara Allah sayangkan kita,” katanya.
Beri Semua Kejayaan Tak Semestinya Cara Allah Sayangkan Manusia
Tambah ZRA lagi, tidak semestinya dengan memberi kejayaan sahaja tanda Allah SWT menyayangi manusia.
Ini kerana jelasnya, kejayaan dan kemashuran boleh menjadi tempat yang merosakkan individu itu.
“Bukan Allah sayang kita dengan bagi kita semua kejayaan yang kita nak.
“Dia bagi kita kekayaan, jiwa kita, mental, supaya pada hari kita menang, kita tak menang sebagai orang yang cuai.
“Pada hari kita berjaya, kita tak berjaya sebagai orang yang rosak kerana kejayaan dan kemasyhuran adalah tempat yang paling merosakkan manusia,” katanya.
ZRA Nasihat Jalani Hari Mendatang Dengan Jadi Lebih Baik
Jelas ZRA lagi, apa yang penting adalah seseorang menjadi lebih baik dalam hari-hari mendatang.
“Jadi, jangan tanya tentang kejayaan berapa banyak pada diri kita. Tanya ‘esok nak buat apa, apa manfaatnya? Esok nak buat apa, bagaimana nak menjadikan ia lebih bagus. Hari ini ada kesilapan, bagaimana nak memperbaiki’.
“Kerana lagi banyak niat baik kamu untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik, pasti lebih banyak perlindungan Allah SWT bagi pada kamu,” katanya.
View on Threads
Warganet Tersentuh Dengan Nasihat Deep, Jadikan Sebagai Motivasi Jalani Hari Mendatang
Perkongsian yang telah mendapat lebih 291,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh apabila mendengar nasihat deep dari ZRA.
Malah, ada warganet yang sedang down dan berdepan dengan masalah menjadikan nasihat itu sebagai kekuatan dan motivasi buat mereka untuk terus ke hadapan.
Tonton video penuh [DI SINI]
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tak Tahula, Kadang-Kadang Nak Give Up, Mesti Allah Hantar Orang Untuk Nasihat”
![Image from: “Kejayaan & Kemasyhuran Rosakkan Manusia” – Nasihat ‘Deep’ ZRA Tentang Kejayaan Sebenar Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/nasihat-zra-tentang-erti-kejayaan_netizen_1.jpg)
“Deep, Allah Sebaik-Baik Perancang”
![Image from: “Kejayaan & Kemasyhuran Rosakkan Manusia” – Nasihat ‘Deep’ ZRA Tentang Kejayaan Sebenar Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/nasihat-zra-tentang-erti-kejayaan_netizen_3.jpg)
“Macam Tahu-Tahu Je Tengah Give Up Sekarang”
![Image from: “Kejayaan & Kemasyhuran Rosakkan Manusia” – Nasihat ‘Deep’ ZRA Tentang Kejayaan Sebenar Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/nasihat-zra-tentang-erti-kejayaan_netizen_4.jpg)
“Ya Allah, Kalau Kejayaan Itu Sangat Besar & Memerlukan Aku Untuk Bersedia, Aku Redha Dengan Ujian Ini”
![Image from: “Kejayaan & Kemasyhuran Rosakkan Manusia” – Nasihat ‘Deep’ ZRA Tentang Kejayaan Sebenar Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/nasihat-zra-tentang-erti-kejayaan_netizen_5.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Ibu Minta Anak Cari Kebahagian & Kejayaan Sendiri Selepas Banyak Berkorban Untuk Keluarga [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tokoh Akademik Negara, Dr. Adeeba Harap Kejayaannya Beri Inspirasi

