Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

28 Jul 2022 • 6:29 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Kejayaan pelajar dan guru telah menyuntik semangat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sulaiman, Parit Sulong, Johor untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Penilaian untuk anugerah ini dilaksanakan dengan menerapkan konsep S.M.A.R.T yang merangkumi Skil, Mahir, Atribut, Relevan dan Teknologi.

Sekolah ini menampilkan pencapaian cemerlang dengan memenangi Pertandingan Menulis Esei Keluarga Malaysia 2021 dan menjadi antara sekolah terbaik luar bandar bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk penilaian aspek Skil.

Bagi kejayaan untuk penilaian Mahir, ia dicapai menerusi guru besarnya, Cikgu Yahya Suyot apabila berjaya menerima Anugerah Pengetua Cemerlang 2021.

image is not available
SMK Dato’ Sulaiman menjadi Johan Pertandingan Menulis Esei Keluarga Malaysia.

Selain itu, turut melakar kejayaan ialah Cikgu Halimatusa’diah Subari yang dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Video Amalan Terbaik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat.

Melihat kepada aspek penilaian Atribut, pelajar-pelajar juga menyumbang kepada pencapaian kejayaan sekolah antaranya menerusi Nur Qistina Safiyah Yusma Rizal yang memenangi Anugerah Emas dalam Kuiz Sekolah Menengah Bual Bicara Kecergasan Hidup Aktif Peringkat Kebangsaan 2021.

Kecemerlangan pelajar diteruskan lagi dengan Lee Chong Ming yang mendapat tempat ketiga di Pertandingan Solar Oven Challenge sempena Penganjuran Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2021.

Penilaian aspek Relevan pula menyaksikan pelbagai program telah dilaksanakan yang memberi manfaat terhadap kerohanian pelajar antaranya Program Jentik Hati Tadabbur Al-Kahfi dan Sambutan Maulidur Rasul.

image is not available
Saluran YouTube SMK Dato’ Sulaiman.

SMK Dato’ Sulaiman juga memanfaatkan penggunaan aplikasi YouTube untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekali gus menepati penilaian aspek Teknologi.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok