Kejayaan Petronas dalam projek LNG Canada cerminkan kemampuan Malaysia

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 10:05 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kejayaan Petronas dalam projek LNG Canada cerminkan kemampuan Malaysia

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bersama rakan usaha samanya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan bagi projek di Kitimat, British Columbia itu membuka jalan kepada pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion.

“Pembesaran ini bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.

“Tahniah kepada seluruh warga Petronas atas kejayaan ini. Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pihaknya turut menghargai sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri Kanada, Mark Carney kepada Petronas.

“Saya mengalu-alukan pertemuan dengan beliau serta delegasi bersama PM Carney dan delegasi Kanda pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan dan memperluas kerjasama Malaysia-Kanada,” katanya. – UTUSAN

The post Kejayaan Petronas dalam projek LNG Canada cerminkan kemampuan Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved