Kejohanan Asia: Kuartet wanita negara di tempat keenam, Naufal tercorot

31 May 2025 • 9:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan 4x100 meter wanita negara tamat di tempat keenam pada Kejohanan Olahraga Asia ke-26.

PASUKAN 4x100 meter wanita negara menamatkan saingan di tempat keenam pada Kejohanan Olahraga Asia ke-26 yang berlangsung di Gumi, Korea Selatan pada Sabtu.

Kuartet negara yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling mencatat masa 44.75 saat (s) dalam aksi final, namun gagal menyaingi kepantasan kuasa besar olahraga rantau ini.

China muncul juara dengan catatan 43.28s menerusi gandingan Chen Yujie, Liu Yuting, Zhu Junying dan Liang Xiaojing, manakala India meraih perak (43.86s) dan Thailand membawa pulang gangsa (44.26s).

Sementara itu, impian atlet lompat bergalah negara, Muhammad Naufal Shahrul Afzam untuk mencipta kejutan tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di kedudukan terakhir dalam acara akhir lelaki.

Naufal sekadar mencatat ketinggian 4.97 meter (M) sekali gus berada di tempat ke-14 daripada keseluruhan peserta.

Atlet Filipina, Ernest John Obiena mempertahankan statusnya sebagai jaguh Asia apabila meraih pingat emas dengan 5.77m, diikuti Huang Bokai dari China (5.72m) yang merangkul perak, manakala gangsa menjadi milik Patsapong Amsamarng dari Thailand (5.67m). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved