Kejohanan Golf Amatur Dunia: Malaysia dinobat juara keseluruhan

1 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kejohanan Golf Amatur Dunia: Malaysia dinobat juara keseluruhan

Tuah memihak kepada Malaysia pada hari terakhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) 2026 apabila skuad negara akhirnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas China dikenakan tindakan penyingkiran.

Malaysia pada awalnya menguasai saingan pada dua hari pertama, namun kelebihan itu mula terhakis apabila China dan Thailand memperkemaskan cabaran untuk memburu kedudukan teratas.

Selepas tamat saingan hari kelima, keputusan tidak rasmi meletakkan Malaysia di belakang China yang dilihat mempunyai kelebihan dalam perebutan gelaran.

Bagaimanapun, situasi berubah apabila China gagal mengemukakan senarai handicap pemain seperti yang ditetapkan, sekali gus membawa kepada keputusan penyingkiran atau disqualified.

Perkembangan itu membuka laluan buat Malaysia untuk menduduki tangga pertama secara rasmi dengan keseluruhan 1,405 pukulan.

Thailand menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Indonesia berada di kedudukan ketiga.

Kejayaan itu turut menyaksikan Malaysia cemerlang meraih enam kemenangan dalam kategori berbeza, hasil strategi serta komitmen seluruh pasukan sepanjang kejohanan.

Sementara itu, penganjuran WAGC 2026 turut memberikan impak positif terhadap industri pelancongan negara, khususnya di Johor.

Pengarah Bahagian Pelancongan Pakej Tourism Malaysia, Zuraini Abdul Ghani, menzahirkan keterujaan apabila kejohanan berskala antarabangsa itu berjaya menarik penyertaan dari 48 negara.

Presiden Persatuan Pelancongan Golf Johor, Kolonel Bersara Mohd Jamal Salleh, pula yakin keindahan serta cabaran yang ditawarkan lima lapangan golf terlibat mampu meninggalkan pengalaman bermakna buat peserta.

Beliau percaya keunikan setiap lapangan berkenaan berpotensi menarik pemain golf antarabangsa untuk kembali ke Johor pada masa hadapan.

Kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan bukan sahaja menjadi pencapaian membanggakan buat kontinjen negara, malah memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi penganjuran acara pelancongan golf bertaraf antarabangsa.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved