WAGC: Aksi kompetitif gamit legenda Liverpool ke lapangan golf di Desaru

FootballSports
30 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

WAGC: Aksi kompetitif gamit legenda Liverpool ke lapangan golf di Desaru

Dari bola sepak ke lapangan golf, bekas penjaga gol Liverpool yang membawa pasukan itu memenangi Liga Juara-Juara (UCL) pada 2005 kini merupakan antara peserta tetap Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) 2026 dengan penampilan lebih daripada 10 edisi.

Dudek menegaskan  keputusan untuk menjadikan golf sebagai sukan utama selepas persaraannya dalam dunia bola sepak adalah keputusan tepat, merujuk kepada beberapa perkara.

"Saya sentiasa dahagakan persaingan dan saya menemuinya dalam golf.

"Saya menemui suasana yang mengagumkan, sukan yang bagus dan motivasi yang bagus kerana ia sebahagian daripada kehidupan," katanya.

Malah, sifat semula jadi untuk bersaing masih kekal berada dalam dirinya hingga menjadikan setiap pukulan di lapangan adalah misi untuk bersaing dengan setiap pihak lawan.

 

Image from: WAGC: Aksi kompetitif gamit legenda Liverpool ke lapangan golf di Desaru

 

Poland kini berada di kedudukan ke-25 keseluruhan dalam kalangan 48 negara yang mengambil bahagian dengan mengumpul 1,230 nett bagi kategori jemputan.

"Ramai bekas pemain beralih ke golf dan kami sering bertemu di lapangan golf.

"Kami ada menganjurkan kejohanan membabitkan bekas pemain dan dalam dunia bola sepak, sukan ini sangat popular," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved