Kejohanan Snuker Jemputan TKC ke-13 pada 9-18 Disember

27 Nov 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kejohanan Snukar Jemputan TKC ke-13 kembali selepas tiga tahun tidak diadakan akibat pandemik.

Kejohanan yang dianjurkan oleh The Kinabalu Club (TKC) itu dijadualkan untuk diadakan di rumah kelabnya di sini pada 9-18 Disember.

Pengarah kejohanan Dr Brandon Patrick Senagang, yang juga satu-satunya pengadil snuker Konfederasi Sukan Biliard Asia (ACBS) di Sabah, berkata hadiah wang telah ditingkatkan kepada RM10,000 tahun ini.

Juara akan menerima RM4,500 manakala naib juara menerima RM2,000, sementara pemain yang tewas di separuh akhir akan menerima RM500 setiap seorang dan pemain yang tewas di suku akhir menerima RM250 setiap seorang. Mereka yang mara ke pusingan 16 terakhir juga akan menerima RM100 setiap seorang.

Terdapat juga hadiah untuk ‘highest break’ (atas 60 mata) sebanyak RM700 serta hadiah untuk ‘highest century break’ sebanyak RM500.

Menurut Brandon, tujuan utama pertandingan itu adalah untuk mempromosikan sukan tersebut.

“Kejohanan ini sebagai yang terbesar di Sabah merupakan usaha berterusan The Kinabalu Club untuk mempro-mosikan sukan snuker dalam kalangan belia di negeri ini, kerana kami berharap dapat melahirkan lebih ramai juara pada masa hadapan,” katanya semasa sidang media pada Sabtu.

Beliau menambah bahawa kejohanan itu, yang hanya dibuka kepada penduduk di Sabah, menarik kira-kira 40 peserta setakat ini termasuk juara bertahan Nealson Low, pemenang enam kali Sheldon Senagang, bekas juara Frenkie Kok dan Teo Kin Vui.

Yuran pendaftaran ialah RM70 dengan tarikh tutup adalah pada 2 Disember dan mereka yang berminat boleh menghubungi 016-6404514.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.