Kekal Ketika Susah & Senang, Suami Tunai Janji Buat Majlis Kahwin Megah Selepas 14 Tahun

Entertainment
29 Oct 2023 • 2:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang pernah menjalani kehidupan yang susah di China telah menunaikan janji untuk isteri tercinta selepas 14 tahun berkahwin.

image is not available

Lelaki berusia 42 tahun yang bernama Wen, secara rasmi mengikat tali pertunangan dengan isterinya 14 tahun lalu tanpa majlis kerana dia terlalu daif ketika itu. Berkat kesetiaan si isteri selama 14 tahun, pasangan itu kini memiliki sebuah syarikat di Changsha, Wilayah Hunan di China.

image is not available

Memetik sumber dari South China Morning Post, Wen berkata beliau sering memikirkan tentang pengorbanan isterinya yang setia berada mengharungi susah senang bersama. Di awal perkahwinan, Wen telah berjanji untuk mengadakan majlis resepsi istimewa selepas mempunyai wang yang mencukupi.

image is not available

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan pada 17 Oktober yang lalu di kampung halaman mereka. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran saudara-mara dan rakan-rakan yang turut bersorak meraikan hari bahagia mereka yang tertunda selama 14 tahun.

image is not available

Mensyukuri dengan nikmat kewangan yang berjaya dikecapi setelah sekian lama, Wen beranggapan, tidak pernah terlambat untuk mereka meraikan hari bahagia dengan majlis mewah walaupun setelah lebih sedekad mendirikan rumah tangga.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.