Kekangan Ekonomi Dan Kos Sara Hidup Jadi Punca Golongan Muda Zaman Sekarang Lambat Pilih Untuk Berkahwin

15 Jul 2026 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

hari dunia ft

Menyedari perubahan demografi negara yang semakin ketara, isu berkaitan hasrat golongan muda untuk membina keluarga kini menjadi perhatian utama sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut pada 11 Julai setiap tahun.

Tahun ini, sambutan bertemakan “Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapan” memfokuskan peranan anak muda sebagai penentu masa depan dalam mendepani cabaran seperti penurunan kadar kesuburan dan pertambahan penduduk berusia.

hari penduduk sedunia

Kajian antarabangsa Demographic Futures Survey oleh United Nations Population Fund (UNFPA) melibatkan 100,000 responden berumur 18 hingga 39 tahun di 73 negara mendedahkan keinginan berkahwin dan mempunyai anak masih wujud, namun terpaksa ditangguhkan atas faktor:

  • kekangan ekonomi
  • pekerjaan
  • sokongan sosial
  • perumahan
  • keseimbangan tanggungjawab penjagaan.

Di Malaysia sendiri, trend ini dibuktikan apabila purata umur perkahwinan bagi tempoh 2016 hingga 2024 meningkat daripada 30.0 kepada 31.2 tahun bagi lelaki, manakala wanita meningkat daripada 27.5 kepada 29.1 tahun, sekali gus memberi impak kepada tempoh reproduktif, bilangan kelahiran dan hala tuju pembangunan keluarga negara.

Bagi mengupas realiti berkenaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menganjurkan Seminar Hasil Geran Penyelidikan 2025 pada 14 hingga 15 Julai 2026.

Acara yang berlangsung di Auditorium Asian International Arbitration Centre (AIAC), Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur ini mengumpulkan sekitar 300 peserta merangkumi penggubal dasar, ahli akademik, penyelidik, serta pertubuhan masyarakat sivil.

Artikel berkaitan: Golongan Muda Malaysia ‘Takut Kahwin’? KPWKM & LPPKN Ada Solusi Untuk Pasangan Muda!

Seminar yang mendapat kerjasama penuh daripada UNFPA Malaysia dan Universiti Malaya (UM) ini membentangkan sebanyak 20 hasil kajian di bawah Geran Penyelidikan LPPKN 2025 yang menyentuh bidang kependudukan, kesihatan reproduktif, dan keluarga, kesejahteraan sosial dan cabaran generasi muda.

Antara pengisian utama sepanjang dua hari program adalah Forum Kependudukan bertajuk “Membina Keluarga Masa Hadapan: Realiti, Harapan dan Perspektif Rentas Generasi”, pembentangan hasil penyelidikan, pelancaran Buku Kompilasi Hasil Geran Penyelidikan, serta Showcase Research-to-Development (R2D).

Sumber: KPWKM

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved