Kekangan kapasiti pengeluaran di Bukit Minyak punca Butterfield FB gagal penuhi permintaan tinggi

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kekangan kapasiti pengeluaran di Bukit Minyak punca Butterfield FB gagal penuhi permintaan tinggi Image from: Kekangan kapasiti pengeluaran di Bukit Minyak punca Butterfield FB gagal penuhi permintaan tinggi amree08/09/2026 - 14:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Sept — Kekangan kapasiti pengeluaran dan penyimpanan di Bukit Minyak, Pulau Pinang, menjadi antara cabaran utama perlu ditangani segera Butterfield FB Berhad selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mampu memenuhi permintaan tinggi produk serbuk ekstrak kopi dan teh.

 

Justeru, kumpulan itu merancang menggunakan RM15.2 juta daripada hasil tawaran awam permulaan (IPO) untuk memperbesarkan kemudahan, termasuk pembinaan ruang pengeluaran dan penyimpanan tambahan serta pembelian mesin dan peralatan bagi menampung barisan pengeluaran keempat.

 

Langkah itu penting kerana pertumbuhan permintaan perlu disokong dengan kapasiti yang cukup, ketika syarikat mahu memperluaskan pengeluaran serbuk ekstrak teh berasaskan 'matcha' serta pasaran serantau, dengan selepas pembesaran, kapasiti pengeluaran tahunan dijangka naik kepada 12,597 tan.

 

"Pada masa sama, Butterfield FB berdepan risiko turun naik mata wang selepas mencatat kerugian kadar pertukaran asing (forex) sebanyak RM93,000, selain memiliki pinjaman dalam baht Thailand, sekali gus mendedahkan kumpulan kepada perubahan nilai," maklumnya kepada Bursa Malaysia.

 

Kumpulan tersebut dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE mulai 15 September 2026 pada harga IPO 48 sen sesaham selepas melancarkan prospektus pada 18 Ogos 2026, dengan M&A Securities Sdn Bhd bertindak sebagai penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan.

 

IPO itu melibatkan penerbitan 150 juta saham baharu yang dijangka mengumpulkan RM72 juta, merangkumi 40 juta saham untuk pelabur awam, 16 juta saham kepada pengarah, pekerja dan pihak yang menyumbang kepada kumpulan serta 94 juta saham melalui penempatan persendirian pelabur Bumiputera.

 

Butterfield FB_DagangNews2026

 

Selain itu ujar Butterfield FB, sebanyak 72 juta saham sedia ada pula akan ditawarkan untuk dijual, terdiri daripada 6 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan kerajaan dan 66 juta saham lagi kepada pelabur terpilih.

 

"Bagi suku pertama berakhir 31 Julai 2026, kumpulan mencatatkan hasil RM69.68 juta dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) RM9.33 juta, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM7.11 juta, termasuk RM6.47 juta yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat," katanya.

 

Jelas kumpulan berkenaan, segmen pembuatan serbuk ekstrak kopi dan teh menyumbang hasil sebanyak RM55.04 juta, manakala segmen jualan serta perdagangan bahan ramuan makanan dan campuran minuman segera menyumbang kira-kira RM14.65 juta.

 

Dari segi pasaran, Malaysia kekal sebagai penyumbang utama dengan hasil RM40.13 juta, diikuti Thailand RM21.38 juta, China RM5.15 juta, Indonesia RM1.80 juta dan Taiwan RM1.23 juta, menunjukkan kepentingan pasaran luar negara kepada pertumbuhan Butterfield FB.

 

Daripada RM72 juta hasil IPO tersebut, sebanyak RM37.8 juta diperuntukkan untuk modal kerja, RM13 juta bagi pelaburan strategik serta aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A), manakala RM6 juta digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

 

"Prospek jangka panjang kumpulan ini namun kekal menarik apabila industri serbuk ekstrak kopi dan teh Malaysia berkembang daripada RM1.17 bilion pada 2022 kepada RM1.81 bilion pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 15.65%," tambahnya.

 

Perkembangan positif berkenaan ujar Butterfield FB, sekali gus memberi ruang kepada kumpulan memanfaatkan permintaan minuman segera, produk berasaskan 'matcha' dan peluang pengembangan di pasaran serantau. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved