HLIB: Peningkatan pengeluaran minyak medan Cendramas dan Baram imbangi penyusutan hasil segmen huluan Dialog

LocalBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 12:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HLIB: Peningkatan pengeluaran minyak medan Cendramas dan Baram imbangi penyusutan hasil segmen huluan Dialog Image from: HLIB: Peningkatan pengeluaran minyak medan Cendramas dan Baram imbangi penyusutan hasil segmen huluan Dialog amree24/08/2026 - 12:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 OgosDialog Group Berhad berdepan cabaran harga minyak mentah Brent yang dijangka menyederhana pada FY27, namun peningkatan pengeluaran medan Cendramas dan Baram dijangka menjadi pemacu baharu bagi mengimbangi penyusutan ke atas pendapatan segmen huluannya.

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, kedua-dua aset huluan itu dijangka mula menyumbang dari 2QFY27 dan meningkatkan komposisi keuntungan segmen berkenaan kepada antara 30% hingga 40% daripada sekitar 25% pada FY26.

 

Bagi FY26, Dialog mencatatkan keuntungan bersih teras suku tahunan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM196.2 juta pada 4QFY26, meningkat 33.4% suku ke suku (QoQ) dan 42.1% tahun ke tahun (YoY), menjadikan keuntungan teras tahunan RM617.6 juta atau meningkat 46% YoY.

 

"Prestasi kukuh itu turut menyaksikan margin kasar melonjak 89% YoY, dipacu operasi huluan dan antarabangsa yang lebih kukuh, sumbangan projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta peningkatan jualan Specialist Products & Services (SPS)," katanya.

 

Tambah HLIB, segmen pertengahan akan terus menjadi tunjang aliran tunai berulang kumpulan dengan kadar penggunaan tangki melebihi 90%, manakala kadar purata penyimpanan bebas kekal stabil sekitar S$6.50 (RM20.69) setiap meter padu sebulan.

 

Dialog_DagangNews2026

 

Pendapatan berulang itu dijangka terus berkembang menerusi beberapa projek baharu termasuk pengembangan Dialog Terminals Langsat 3 (DTL3) berkapasiti 150,000 meter padu pada 1QFY27 dan kemudahan Air Separation Unit yang dipacu gas asli cecair (LNG) pada 2QFY27.

 

Dalam jangka sederhana, kapasiti tambahan turut akan datang daripada projek penyimpanan PT2 berkapasiti 272,000 meter padu bagi biopenapisan di Pengerang pada separuh kedua FY28 serta pengembangan PT5 berkapasiti 614,000 meter padu bagi produk petroleum dan biofuel menjelang pertengahan FY28.

 

"Segmen hiliran pula terus disokong peningkatan jualan SPS, dengan hasil dari Thailand melonjak 47% suku ke suku dan pasaran Asia lain meningkat 25%, apabila Dialog berjaya memenuhi permintaan pelanggan baharu yang berdepan kekangan bekalan daripada pembekal asal," jelasnya.

 

HLIB menambah, Dialog turut mempunyai beberapa projek EPCC yang sedang berjalan bagi memastikan keterlihatan pendapatan hiliran, termasuk DTL3 yang telah siap dan dijangka mula beroperasi pada September 2026, dengan 100,000 meter padu kapasiti sudah diberi kontrak kepada EcoCeres.

 

Bagaimanapun, aktiviti penyelenggaraan terancang di operasi huluan Malaysia yang berlanjutan sehingga 1QFY27 dijangka memberi kesan sementara kepada pengeluaran, namun firma itu menjangkakan sumbangan pendapatan kembali normal selepas kerja penyelenggaraan selesai.

 

Justeru HLIB mengekalkan saranan 'beli' terhadap Dialog dengan harga sasaran (TP) RM2.52, disokong model perniagaan yang pelbagai dan berdaya tahan, pendapatan berulang daripada terminal tangki serta kepentingan strategik Pengerang sebagai hab penyimpanan dan logistik serantau. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved