Kekasih Teringin Bawa Bas Punca Pemandu Bas Ekspres Riba Wanita

LocalLifestyle
16 Apr 2026 • 10:20 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kekasih Teringin Bawa Bas Punca Pemandu Bas Ekspres Riba Wanita

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Aksi pemandu bas ekspres yang meriba wanita ketika membawa penumpang dari Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Larkin Sentral, Johor Bahru pada 12 April lalu nyata mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, ia dianggap satu perbuatan yang bukan sahaja membahayakan nyawa penumpang malah pengguna jalan raya yang lain.

Susulan itu, syarikat bas berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf malah menamatkan perkhidmatan pemandu terbabit serta-merta dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah merakam keterangan pemandu terbabit.

Malah, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert sebelum ini turut meminta pemandu bas serta wanita itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pemandu Bas Riba Wanita: Syarikat Bas Sri Maju Mohon Maaf & Berhentikan Pekerja Serta-Merta

Pemandu Bas & Wanita Rupanya Kekasih, Wanita Teringin Nak Pandu Bas

Terbaharu, pemandu bas yang berusia 36 tahun itu serta wanita terbabit telah hadir ke IPD Jasin kira-kira jam 4.30 petang semalam (15 April) menaiki sebuah kereta Proton Persona.

Menurut Lee, keinginan untuk merasai pengalaman memandu bas didakwa menjadi punca wanita terbabit duduk di atas riba pemandu berkenaan.

Jelasnya, suspek wanita yang baru berusia 21 tahun itu dan masih bujang mendakwa mereka adalah pasangan kekasih.

Berdasarkan keterangan yang diberi oleh wanita terbabit, dia yang bekerja sebagai kerani di kaunter bas syarikat berlainan memaklumkan telah mengenali lelaki itu sejak lima bulan yang lalu.

“Merujuk kepada klip video yang tular, gadis itu mendakwa dia diriba oleh pemandu berkenaan kerana teringin dan mahu belajar membawa bas. Dia juga mendakwa mereka merupakan pasangan kekasih,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Hanya Diriba Di Susur Masuk R&R – Polis

Tambah Lee lagi, wanita berkenaan memaklumkan dia hanya diriba sewaktu bas melalui susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah Selatan.

“Dia mendakwa diriba dan memandu bas itu hanya seketika sebelum memasuki laluan utama lebuh raya, bagaimanapun siasatan masih diteruskan. Pemandu bas terbabit pula memberitahu dia telah memandu bas sejak 10 tahun lalu,” jelasnya.

Malah ketika kejadian, bas berkenaan dipercayai sedang membawa 24 penumpang menuju ke Larkin Sentral, Johor Bahru.

Jelas Lee, kedua-dua mereka telah diambil keterangan selama dua jam sebelum ditahan dan permohonan reman akan dibuat pada hari ini (16 April) di Mahkamah Majistret Jasin.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye turut menyarankan pihak berkuasa untuk membatalkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) milik pemandu bas berkenaan serta menggantung lesen syarikat bas terbabit.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang berpendapat tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu serta syarikat bas berkenaan sebagai pengajaran buat pengguna yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Lee Lam Thye Cadang Lesen PSV Pemandu Bas Riba Wanita Dibatalkan & Lesen Syarikat Digantung

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pandu Bas Sambil Pangku Wanita, JPJ Sudah Rakam Keterangan Pemandu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Pemandu Bas Ekspres Tular Suami Orang, Wanita Diriba Hanya Kenalan

View Original Article