Kekunci Gboard Terbelah Dua Kini Boleh Digunakan Tablet Dan Peranti Skrin Boleh-Lipat Android

TechnologyDigital
16 May 2023 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini akhirnya Gboard mengaktifkan sokongan kekunci terbelah dua pada tablet dan telefon skrin boleh-lipat Android. Kemas kini dilakukan secara senyap tetapi ciri ini dikesan oleh laman 9to5Google. Sebelum ini kekunci terbelah dua yang memudahkan proses menaip hanya boleh digunakan pada peranti Galaxy Fold dan Surface Duo sahaja.

image is not available

Kemas kini diberikan serentak dengan pelancaran Google Pixel Fold yang turut boleh menggunakan papan kekunci ini. Untuk menggunakannya sila kemas kini Gboad ke versi terkini. Pada tablet dan peranti skrin boleh-lipat, terdapat ikon untuk membelah kekunci kepada dua pada Gboard. Untuk kembali kepada papan kekunci bersambung, tekan semula ikon yang sama.

image is not available

Seperti papan kekunci Gboard biasa, rekaan kekunci dan kustomasi boleh dilakukan oleh pengguna untuk menjadikan penggunaan lebih selesa mengikut keperluan.