Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan

LocalTechnology
20 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan

image.png

Rangkaian jalan raya di seluruh negara kini berdepan isu struktur yang serius dimana sebahagian besar aset infrastruktur ini didapati semakin menua dan susut kekuatannya berbanding sewaktu mula dibina. Situasi ini menjadikannya semakin rapuh, mudah rosak, dan kurang berupaya menampung beban kenderaan berat moden yang kian meningkat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui jalan di negara ini semakin menua.

“Aset jalan di negara kita ni kita tidak boleh dinafikan dah jauh menua atau aging. Jadi tidak berapa kukuh lagi untuk menampung keperluan kenderaan berat yang zaman moden sekarang.

“Akan tetapi kita tidak bolehkan naikkan had berat itu begitu saja tanpa ambil kira apa jalan kita yang sudah tua, yang kurang kukuh lagi. Itu (aset jalan) adalah salah satu faktor yang diambil berat untuk kita berusaha untuk mengurangkan kejadian kemalangan di jalan raya,” katanya.

Malah, tidak dinafikan, usaha membaik pulih dan menyelenggara jalan raya memerlukan sumber kewangan serta teknologi yang mencukupi, namun peruntukan kerajaan mempunyai batasan dan perlu mengambil kira kemampuan ekonomi negara.

Justeru, katanya, Kementerian Kerja Raya (KKR) perlu mencari pendekatan lebih inovatif termasuk memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan kerja pembinaan serta penyelenggaraan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved