KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

image.png

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon tambahan peruntukan bagi kerja penyelenggaraan jalan selepas hanya menerima kira-kira RM2 bilion daripada RM4 bilion yang dipohon sebelum ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, permohonan tambahan itu akan dibawa dalam pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan pegawai kanan kementeriannya.

“Kita perlu RM4 bilion tetapi dapat cuma RM2 bilion. Itu lebih kurang angka setepatnya saya tidak ada pada masa ini, tetapi saya memang ingat.

“Petang ini kami akan mohon lagi. Menteri dan pegawai tinggi kami akan berjumpa Menteri Kewangan II untuk memohon segala perkara ini. Harapnya boleh bertambahlah penyenggaraan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Kontraktor 2026 di Pusat Konvensyen Picca di sini pada Selasa.

Tambahnya, peruntukan penyelenggaraan yang diterima KKR perlu dibelanjakan sepenuhnya bagi melaksanakan kerja berkaitan dan tidak boleh disimpan untuk kegunaan lain.

“Kita belanja semua. Kita tidak boleh simpan, kita kena belanja,” katanya.

Ahmad berkata lagi, kekangan peruntukan menyebabkan KKR perlu mengutamakan kerja penyelenggaraan di kawasan yang dikenal pasti sebagai 'black spot' atau lokasi kerap berlaku kemalangan.

“Kalau boleh, kita dapat semuanya. Tetapi kita faham. Oleh itu, kita mengutamakan tempat-tempat black spot, tempat yang selalu berlaku kemalangan untuk kita selenggara dengan baik.

“Ia termasuk penyenggaraan dan penurapan semula jalan, perabot jalan serta pencahayaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 3,000 lampu baharu untuk lebuh raya diperoleh tahun ini melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) walaupun jumlah berkenaan masih belum mencukupi berbanding keperluan sebenar.

“Kita tidak dapat cahayakan seluruh lebuh raya. Tetapi tahun ini kita dapat 3,000 lampu baharu untuk lebuh raya melalui LLM.

“Keperluan memang lebih daripada itu, tetapi itu sahaja yang kita perolehi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved