Kelab Itali, Juventus Umum Kerjasama Baharu Dengan Petronas

Entertainment
13 Sep 2025 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Juventus, gergasi bola sepak Itali dengan sejarah gemilang di Serie A dan pentas Eropah, mengumumkan kerjasama strategik bersama PETRONAS Lubricants International (PLI), peneraju pasaran minyak pelincir global.

image is not available

Perkongsian ini menggabungkan warisan serta cita-cita Juventus dengan inovasi dan kualiti produk PLI yang diiktiraf di seluruh dunia.

Antara tarikan utama kerjasama ini ialah pelancaran PETRONAS Lubricants International Skybox di Stadium Allianz, Turin – sebuah ruang eksklusif yang menawarkan pengalaman menonton aksi Juventus dari perspektif istimewa.

Ia direka sebagai pengalaman menyeluruh 360 darjah yang bukan sahaja menekankan keseronokan perlawanan, malah memberikan tetamu perasaan menjadi sebahagian daripada keluarga Juventus.

Nilai keghairahan, ketepatan dan kerja berpasukan yang dikongsi bersama menjadi asas kepada projek ini.

“Kami mahu mencipta detik istimewa untuk peminat, yang sentiasa menjadi nadi setiap inisiatif Juventus,” – kenyataan bersama Juventus dan PLI.

Kerjasama ini dilihat memperkukuh usaha kelab tersebut dalam mendekati penyokong global, di samping memperluas jaringan rakan niaga antarabangsa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved