Prudential & Standard Chartered M'sia Meraikan Ulang Tahun Ke-25 Jalinan Kerjasama dengan Pelancaran Siri Produk Baharu

20 Aug 2025 • 10:34 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Prudential & Standard Chartered M'sia Meraikan Ulang Tahun Ke-25 Jalinan Kerjasama dengan Pelancaran Siri Produk Baharu
Foto oleh Prudential

Tawaran baharu, PRUSignature Care dan PRUSignature Plus, memberikan perlindungan komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (Standard Chartered Malaysia) meraikan ulang tahun ke-25 jalinan kerjasama sebagai peneraju bankasurans di negara ini dengan pelancaran dua produk baharu, PRUSignature Care dan PRUSignature Plus.

Sejak tahun 2000, kerjasama antara Standard Chartered dan Prudential telah ditakrifkan oleh inovasi berterusan dan komitmen bersama untuk memperkayakan kehidupan melalui penyelesaian kesihatan dan kekayaan yang unik.

“Tahniah kepada Standard Chartered atas sambutan 150 tahun di Malaysia. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan ini terutamanya kerana Malaysia merupakan antara negara pertama yang melancarkan jalinan kerjasama antara Standard Chartered dan Prudential plc. Dengan legasi Prudential yang telah melebihi satu abad di Malaysia, kerjasama kami telah memanfaatkan gabungan kekuatan kami untuk menawarkan rangkaian penyelesaian insurans yang menyeluruh, termasuk pengekalan kekayaan, kesihatan, pendidikan, persaraan dan perancangan legasi. Sempena 25 tahun kerjasama ini, kami berbangga untuk sekali lagi memperkenalkan dua produk inovatif baharu yang mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah,” kata Eric Wong, Ketua Pegawai Pemasaran & Pengedaran Perkongsian, PAMB.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prudential atas kerjasama cemerlang selama 25 tahun ini. Di Standard Chartered, misi kami ialah untuk memberi impak positif kepada kehidupan pelanggan melalui penyelesaian kesihatan dan kekayaan yang komprehensif. Kerjasama kukuh ini telah menggabungkan kepakaran pengurusan kekayaan kami dengan penyelesaian perlindungan inovatif daripada Prudential. Bersama-sama, kami telah membantu pelanggan di setiap peringkat kehidupan, memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berubah.

Kami bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini, membantu pelanggan membina daya tahan kewangan yang lebih kukuh dan memastikan masa depan yang lebih cerah untuk diri mereka dan keluarga,” kata Harmander Mahal, Ketua Perbankan Kekayaan dan Runcit, Standard Chartered Malaysia.

PRUSignature Care

PRUSignature Care menawarkan sokongan yang komprehensif kepada pelanggan yang menghadapi diagnosis kanser, menyediakan perlindungan kewangan yang merangkumi rawatan sehingga pemulihan. Di Malaysia, 45 peratus pesakit kanser membelanjakan lebih satu pertiga daripada pendapatan isi rumah mereka untuk rawatan kanser dalam tahun pertama selepas diagnosis, menunjukkan perlunya satu penyelesaian yang dapat membantu mereka meringankan beban ini pada waktu yang mencabar.

Pelan ini direka untuk menyokong pelanggan dengan bantuan kewangan dan ketenangan minda. Jika pelanggan didiagnosis menghidap kanser tahap awal, mereka akan menerima 50 peratus bayaran manfaat dan pengecualian bayaran premium selama 1 tahun. Jika mereka didiagnosis pada tahap lain, mereka akan menerima 100 peratus bayaran manfaat, dengan bayaran tambahan untuk kanser jantina tertentu. Pelan ini turut menyediakan bayaran tahunan selama tiga tahun bagi membantu mereka sepanjang tempoh pemulihan. Apabila pelan mencapai tempoh matang, pelanggan akan menerima 100 peratus daripada jumlah premium yang telah dibayar, walaupun mereka telah membuat tuntutan bagi kanser tahap awal.

PRUSignature Plus

PRUSignature Plus direka khas untuk pelanggan yang sedang aktif mengembangkan kekayaan mereka tetapi mahukan jaminan bahawa perancangan kewangan mereka dilindungi sekiranya berlaku peristiwa yang tidak disangka. Dengan komitmen premium yang singkat dan peruntukan premium penuh dari awal, pelan ini membolehkan pelanggan memaksimumkan potensi pelaburan mereka sambil menikmati perlindungan sepanjang hayat.

Sementara kebanyakan polisi insurans menawarkan perlindungan yang tetap, produk ini menampilkan Nilai Jaminan Kewangan (Wealth Assured Value) yang menjejaki prestasi pelaburan polisi pelanggan dan mengunci nilai pelaburan tertinggi yang dicapai. Walaupun pasaran jatuh, perlindungan pelanggan adalah berdasarkan pencapaian terbaik, bukan pada kedudukan semasa. Apabila pelaburan mereka berkembang dari semasa ke semasa, perlindungan mereka juga turut meningkat, memberikan perlindungan yang lebih kukuh dan lebih keyakinan bahawa masa depan mereka dan orang tersayang terpelihara dengan baik.

“Kami teruja untuk menawarkan PRUSignature Care dan PRUSignature Plus kepada pelanggan kami. Penyelesaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap inovasi dan kesejahteraan pelanggan. Kami amat menghargai kepercayaan pelanggan selama ini dan berharap dapat melakar masa depan yang lebih cerah bersama,” kata Eric.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi PRUSignature Care dan PRUSignature Plus.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah polisi PRUSignature Care yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan.

Perlindungan PIDM untuk manfaat yang dibayar daripada bahagian unit polisi PRUSignature Plus adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila rujuk brosur TIPS PIDM atau hubungi PAMB atau lawati www.pidm.gov.my.