Kelab Old Money nafi bayar ahli, kesal fitnah rosak reputasi

LocalEntertainment
20 Nov 2024 • 11:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kelab Old Money nafi bayar ahli RM100 sekiranya video mengenai komuniti itu menjadi tular dan menerima 10,000 likes di media sosial seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di TikTok, kelab itu berkata dakwaan tersebut merupakan fitnah semata-mata dan tidak berasas disamping menegaskan video mereka tular secara organik.

Kelab Old Money nafi bayar ahli

image is not available

“Kami menegaskan bahawa dakwaan ini adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.

“Video yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan komuniti kami sebenarnya menjadi viral secara organik tanpa sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak tertentu,” kata kelab itu.

Dalam pada itu, kelab itu juga berkata kejayaan video yang mereka hasilkan merupakan sokongan daripada peminat yang memahami nilai sebenar komuniti itu.

image is not available

“Kejayaan video tersebut adalah hasil daripada minat dan sokongan sebenar daripada masyarakat terhadap nilai-nilai yang diketengahkan oleh komuniti Old Money Club MY.

“Kami percaya bahawa ia adalah hasil kerja keras, kreativiti dan kesungguhan setiap ahli yang terlibat,” ujar kelab itu.

Pada masa yang sama, kelab itu turut meluahkan kekesalan atas dakwaan tersebut yang mereka sifatkan sebagai menjatuhkan kredibiliti komuniti tersebut.

Menurut kelab itu lagi, pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan dakwaan tersebut jika kenyataan berkenaan tidak ditarik semula.

Kelab Old Money nafi bayar ahli jika dapat 10,000 likes di media sosial

image is not available

“Kami amat kesal dengan penyebaran fitnah ini yang jelas bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti komuniti ini dan merosakkan reputasi kami.

“Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak yang memulakan dan menyebarkan fitnah tidak menarik semula kenyataan fitnah tersebut,” jelas kelab itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kurang senang terhadap cara penulisan kenyataan tersebut yang dianggap tidak kemas.

Kenapa tiru logo Polo

image is not available

Lain kali, pakai tulisan New Times Roman

image is not available

Akmal ke yang buat surat kelab Old Money nafi bayar ahli ni?

image is not available

Format tak Old Money

image is not available

Perenggan justify dulu

image is not available

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial pengakuan seorang individu yang mendakwa ahli komuniti Old Money menerima bayaran RM100 bagi setiap 10,000 likes.

Individu tersebut telah membuat pengakuan tersebut menerusi satu confession tanpa nama yang dihantar menerusi aplikasi Not Gonna Lie (NGL).

Individu mendakwa sejak dia menyertai kelab Old Money, dia sudah menerima bayaran sebanyak RM2,000 susulan video-video mereka yang tular.

Sumber: TikTok Old Money Club