Galaxy AI Akan Menyokong 4 Bahasa Lagi Pada Hujung Tahun Ini

TechnologyDigital
24 Oct 2024 • 6:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy AI adalah antara ciri kecerdasan buatan generatif terbaik yang dibina terus ke dalam sistem peranti. Ciri ini diberikan secara percuma pada kebanyakan peranti Samsung sehingga hujung tahun 2025. Samsung baru-baru ini mengumumkan yang Galaxy AI telah dikembangkan kepada 4 bahasa lagi.

image is not available

Ini secara tidak langsung menjadikan Galaxy AI bakal menyokong sehingga 20 bahasa tidak lama lagi. 4 bahasa yang ditambah adalah Turki, Dutch, Sweden dan Romania. Kemudian dua dialek baharu turut diumumkan iaitu bahasa Cina (tradisional) dan juga Portugis (Eropah).

Sayang sekali, setakat ini Samsung masih tidak mengumumkan bilakan sokongan Bahasa Melayu akan ditawarkan. Sokongan bahasa tambahan dan dialek baharu yang diumumkan ini akan diedarkan secara berperingkat bermula hujung bulan Oktober ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved