“Kelakar Orang ‘Judge’ Nyanyian Sebab Kehidupan Peribadi, Bukan Suara” – Nabila Razali

EntertainmentLifestyle
20 Jan 2026 • 3:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mengaitkan mutu kualiti nyanyian seseorang penyanyi dengan kisah kehidupan peribadi yang tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali mengakui berasa ‘kelakar’ apabila melihat orang ramai menilai kemampuan vokal seseorang bukan berdasarkan suara, sebaliknya melalui kehidupan peribadi.

Advertisement

image is not available

“Ianya kelakar bagaimana sesetengah orang menilai nyanyian melalui kehidupan peribadi, bukan pada suara .” tulis Nabila.

Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Walaupun penyanyi lagu Peluang Kedua itu tidak menyebut mana-mana individu secara langsung, ramai pengguna media sosial mula membuat spekulasi bahawa kenyataan tersebut ditujukan kepada penyanyi Nubhan, yang baru-baru ini meraih tempat ketiga dalam rancangan realiti televisyen Gegar Vaganza.

View this post on Instagram

Antara komen netizen yang mencuri perhatian:

“Setuju dengan you, macam you la suara tak berapa nak sedap pun tapi you ada kegigihan nak nyanyi juga. Syukur netizen tak kecam still kena terima juga okay la tu.””

“Suara tak sedap defend orang curang lagi. What a loser.”

“Diam lah, suara hang pun tak sedap, macam suara budak-budak, suara kepit, asyik terkucil kalau nyanyi.”

“Jangan mendongak sangat kak. Suami masih setia banyakkan bersyukur dan merendah diri. Kau belum kena uji macam perempuan lain. Ingat.”

Sehingga kini, Nabila tidak mengulas lanjut mengenai kecaman yang dilemparkan kepadanya, namun isu tersebut terus menjadi perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial mengenai batasan kritikan dan pemisahan antara karya seni dengan kehidupan peribadi seseorang artis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-20 11:56:14

"Mak Kau Tak Ajar Ke?" - Netizen Kritik Shiera Ijoy Tak Pandai Jaga Odah Setelah Popular

The post “Kelakar Orang ‘Judge’ Nyanyian Sebab Kehidupan Peribadi, Bukan Suara” – Nabila Razali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.