Kelam Kabut Alih Kereta, Pemandu Lori Marah Pemandu Parkir Kenderaan Di Tepi Jalan

Cars
12 Nov 2023 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun sudah banyak kali penguatkuasa memberi amaran tegas kepada orang awam agar tidak parkir di tepi jalan namun masih ada segelintir yang masih ingkar dengan amaran itu.

Saman diberikan bukannya murah dan bila terkena mulalah merayu agar diberikan diskaun.

Satu video tular di Facebook berkenaan kesalahan meletakkan kenderaan bukan ditempat sepatutnya sehingga menghalang laluan kenderaan berat.

Sebuah kenderaan berat yang melalui jalan terbabit menghadapi kesukaran kerana jalan kecik dan lebih menyakitkan hati apabila ada pemandu meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan.

Sudahlah menyakitkan hati, tanpa perasaan dengan selamba bercekak pinggang berjalan santai untuk mengalihkan kenderaan.

Tindakan pemilik kenderaan itu membuatkan pemandu lori berang dan mengeluarkan kata-kata kesat akibat tindak tanduk pemandu kereta itu.

Video berkenaan mendapat tontonan dan rata-rata komen mengecam tindakan pemilik kenderaan berkenaan.

Sebagai pengguna jalan raya, sikap bertanggungjawab harus ada pada setiap individu ini kerana bukan kita sahaja yang menggunakannya malah dikongsi bersama.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.