Terengganu akan fatwakan GISBH sebagai ajaran sesat

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 1:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron, memaklumkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings (GISBH) yang dianggap sesat.

Keputusan tersebut berdasarkan pada bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa organisasi tersebut mengandungi unsur ajaran sesat.

“Kita akan memfatwakan GISBH sebagai sesat berdasarkan bukti-bukti yang jelas. Namun, biasanya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan membuat keputusan terlebih dahulu sebelum membawa isu ini ke peringkat negeri masing-masing,” kata Mufti Mohamad Sabri.

Walaupun gerakan GISBH tidak begitu ketara di Terengganu, pihak berkuasa tetap menganggap isu ini serius. Mufti Mohamad Sabri juga menekankan bahawa jika terdapat aduan serius di peringkat kebangsaan.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat, terutamanya dari segi batiniah. Perlis menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan organisasi ini sebagai kumpulan ajaran sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, fatwa ini dikeluarkan setelah menerima bukti meyakinkan yang membenarkan jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa GISB adalah sesat.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved