Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

4 Jun 2024 • 4:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
– Gambar Facebook Mohd Nassuruddin Daud.

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemberian pelbagai geran tahunan termasuk geran perkapita, geran jalan dan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) kepada negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata rekod pemberian geran tahunan yang diterima oleh kerajaan negeri adalah RM272.55 juta bagi tahun 2019, RM296.98 juta (2020), RM317.65 juta (2021), RM346.91 juta (2022) dan RM354.02 juta tahun lepas.

"Anggaran geran tahunan bagi tahun 2024 belum dapat diberikan kerana tertakluk kepada polisi dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaaan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) yang bertanya mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved