Kelayakan Piala Asia B-17: Gawang sudah ternganga tapi bola tetap tak masuk, skuad negara ratapi terlepas pusingan akhir

20 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kelayakan Piala Asia B-17: Gawang sudah ternganga tapi bola tetap tak masuk, skuad negara ratapi terlepas pusingan akhir

MALAYSIA O INDIA 0

Skuad B-16 negara meratapi kekecewaan untuk pusingan akhir Piala Asia B-17 apabila gagal melunaskan misi jurang tiga gol selepas buntu tanpa jaringan dengan India 0-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menyedari hanya kemenangan besar mampu menghidupkan peluang ke Uzbekistan, anak buah Shukor Adan menguasai permainan dengan melancarkan serangan bertali arus sebaik wisel pertama, namun penyudah menjadi penghalang utama.

Percubaan Nur Azam Muslim hampir membuka tirai gol perlawanan terakhir Kumpulan E itu, namun terkena tiang dan pada minit ke-15, skuad remaja negara sekali lagi beroleh kesempatan melalui Nur Azam yang melancarkan rembatan liar.

Keresahan itu berlanjutan dalam separuh masa kedua yang menyaksikan tampanan Harraz Ajwad pula tersasar walaupun gawang sudah ternganga.

Malaysia yang kian terdesak terus merencanakan serangan untuk memburu gol, namun India kental bertahan hingga wisel penamat. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved