“Kelemahan bapak tentera” – [VIDEO] Nak Elak Kena Marah, Kanak-kanak Selubung Diri Dengan Jalur Gemilang

Entertainment
13 Sep 2022 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita masih lagi dalam ‘mood’ bulan kemerdekaan, ramai orang akan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, kereta dan ada juga di tempat awam.

Malah kita juga dapat lihat bermacam-macam kreativiti yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk mengekspresikan semangat patriotisme mereka terhadap negara Malaysia.

Antaranya seorang kanak-kanak ini, dia menggunakan Jalur Gemilang sebagai ‘perisai’ daripada dimarahi oleh ayahnya.

 

Beruntung adik ni ayah dia tentera

 

@didiktvofficial

Beruntung adik ini ayah dia tentera. image is not available Sumber: TikTok/rafmid #fyp #trending #tiktokmalaysia

♬ original sound – DIDIKTV KPM – DIDIKTV KPM

Insiden lucu itu dapat dilihat menerusi satu video TikTok rasmi daripada DIDIKTV KPM, dalam video yang berdurasi 14 saat itu, dilihat si ayah memarahi anaknya kerana dikatakan keputusan peperiksaan anaknya itu merosot.

Ayahnya dilihat memegang kertas dan sebatang kayu sementara anaknya berundur dalam keadaan ketakukan, namun ketika anaknya hampir dipukul, anaknya itu cepat-cepat capai Jalur Gemilang sebagai pelindung dan ayahnya dengan pantas memberikan tabik hormat.

Mengikut sumber, dikatakan anaknya tahu kelemahan ayahnya yang begitu tabik dengan Jalur Gemilang dan dikatakan si ayahnya itu merupakan seorang tentera.

Kelemahan bapak tentera – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihatnya dan anggap ia boleh dijadikan sebagai ‘helah’ baru untuk elakkan diri daripada dimarahi bapa terutamanya di bulan kemerdekaan ini.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm kalau tahu macam ni, min dah buat dari kecil-kecil dulu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.