Kelibat Tun M Ketika Sambutan Deepavali Raih Perhatian, Ramai Titip Doa

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 6:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kelibat Tun M Ketika Sambutan Deepavali Raih Perhatian, Ramai Titip Doa

Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyambut perayaan Deepavali baru-baru ini menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran video di Facebook hari ini, Tun Dr Mahathir dilihat keluar bagi meraikan perayaan tersebut.

Image from: Kelibat Tun M Ketika Sambutan Deepavali Raih Perhatian, Ramai Titip Doa
Kredit: Facebook Dr Mahathir Mohamad

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi apabila rata-rata pengguna media sosial mengambil kesempatan untuk berkongsi pandangan serta menitipkan doa buat negarawan itu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna menyifatkan wajah Tun Dr Mahathir masih kelihatan muda berbanding usianya, meskipun keadaan fizikalnya dilihat sedikit lemah.

“Wajah Tun nampak seperti berusia 70-an. Langsung tidak kelihatan seperti seseorang yang sudah berusia lebih 100 tahun. Cuma fizikalnya nampak sedikit lemah, tetapi wajahnya masih kelihatan muda,” katanya.

Seorang lagi pengguna turut meluahkan hasrat untuk bergambar bersama Tun Dr Mahathir dan isterinya, selain berharap berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri itu suatu hari nanti.

“Saya juga ingin bergambar bersama Tun M dan isterinya. Namun, insan tersayang kita sudah pergi menghadap Ilahi. Saya berharap dapat bertemu atau sekurang-kurangnya mengambil gambar bersama beliau. Di manakah tempat membeli-belah yang biasa dikunjunginya? Saya berharap dapat bertemu dengannya tidak lama lagi,” katanya.

Image from: Kelibat Tun M Ketika Sambutan Deepavali Raih Perhatian, Ramai Titip Doa
Kredit: Facebook Dr Mahathir Mohamad

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai Nora D Zain berkongsi kisah keluarganya yang mempunyai kenangan tersendiri bersama Tun Dr Mahathir.

Menurutnya, ibu dan arwah bapanya pernah mendapatkan rawatan daripada Tun Dr Mahathir ketika mereka masih muda.

Katanya, selepas tiga kali mengalami keguguran, ibunya akhirnya dikurniakan seorang anak yang dilahirkan dalam keadaan sihat dengan izin Allah, sebelum mereka sekeluarga dikurniakan tujuh orang anak.

“Saya anak keenam dan ibu kini berusia 87 tahun. Sejak kecil, ibu sering berkongsi kisah ini dengan kami. Kini, tiba giliran saya pula menceritakannya kepada anak-anak,” kongsi beliau.

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir serta menitipkan doa buat beliau dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Baca juga:

Seorang lagi pengguna media sosial turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

“Ramai yang sayang dan mendoakan Tun M. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat beliau,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved