Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Baru-baru ini, masyarakat India telah menyambut perayaan Deepavali dengan penuh meriah. Namun, kemeriahan pesta cahaya ini bukan sahaja dirasai oleh mereka, malah turut dikongsi bersama jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan bangsa.
Dalam kemeriahan sambutan perayaan, pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen menarik mereka di media sosial.
Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita Melayu ini mencuri perhatian netizen apabila dia menerima kejutan istimewa daripada jirannya yang berbangsa India semasa datang menyambut Deepavali di rumahnya.
@anissjuhanisTahun kedua datang beraya Deepavali di rumah jiran.. This year, Auntie sekeluarga made it extra special dengan surprise birthday untuk saya Thank you so much, Auntie and family, for the lovely surprise. Terharu sangat Your surprise means so much to me ♬ original sound – SINEMAKU PICTURES
Artikel berkenaan: Rezeki Deepavali! Netizen Kongsi Momen Tak Disangka Terima Juadah Daripada Jiran
Artikel berkenaan: Ada Zubir Khan & Havoc Brothers! Little India Brickfields Jadi ‘Port’ Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026
Menerusi video tersebut, kelihatan @anissjuhanis disambut dengan penuh meriah oleh keluarga jirannya semasa beraya sempena sambutan Deepavali semalam.
Menurutnya, ini merupakan tahun kedua dia beraya di rumah jirannya itu. Namun, siapa sangka kunjungannya kali ini menjadi lebih istimewa apabila keluarga jirannya turut merancang kejutan sambutan hari lahir buatnya.

Walaupun berbeza latar belakang dan bangsa, kejutan ini terus menjadi kejutan yang besar untuknya.
Menurut wanita itu, pada awalnya dia memberitahu jirannya bahawa dia tidak berhasrat untuk menyambut hari lahirnya memandangkan bapanya baru sahaja meninggal dunia. Namun, jirannya tetap mengajaknya untuk meraikan hari istimewanya itu bersama-sama ketika sambutan Deepavali berlangsung.

Menerusi ruangan komen terdapat ramai netizen yang tumpang gembira dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh jiran wanita ini kepadanya.







